Nota Pemilihan Watak Harry_Potter_and_the_Order_of_the_Phoenix_(filem)

  • Kreacher watak elf milik rumah Black akan muncul dalam filem ini, namun pelakon yang bakal menggunakan suaranya di dalam filem ini masih belum diketahui. Sebenarnya, Kreacher tidak muncul dalam skrip awal filem, tetapi selepas mendapat bantahan J.K. Rowling yang menyatakan bahawa susah untuk menjamin kesinambungan filem ke-6 dan ke-7 sekiranya kehilangan watak Kreacher, pengarah membuat keputusan untuk mewujudkan watak Kreacher dalam filem.
  • Pada 1 April 2006, yang lalu pelakon Helen McCrory yang melakonkan watak Bellatrix Lestrange mengumumkan bahawa beliau telah mengandung tiga bulan dan terpaksa menarik diri. Namun, pada 25 Mei diumumkan bahawa pelakon Helena Bonham Carter akan mengambil alih untuk melakonkan watak tersebut.
  • Evanna Lynch telah mengalahkan 15 000 orang yang ingin melakonkan watak Luna Lovegood yang telah berbaris hampir satu batu panjangnya.
  • Watak remaja Remus Lupin pernah dikatakan bakal dilakonkan oleh Stuart Hastings, namun pihak Warner Bros telah menafikan kenyataan tersebut, dan pada 27 Mac 2006 diumukan bahawa sesiapa sahaja boleh melakonkan watak tersebut. Pada 25 Mei, James Utechin dikatakan telah memenangi tawaran untuk watak tersebut dan akan melakonkan watak itu. James Walters yang mendapat tawaran untuk watak remaja Sirius Black juga pernah mencuba untuk mendapatkan watak tersebut.